Archive for February, 2006

DEMI MASA, MANUSIA ITU DALAM KERUGIAN

Monday, February 27th, 2006

Keistimewaan Wanita Menurut Hadis

Monday, February 27th, 2006
1.Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT. SEKIAN,WASSALAM…..indah hidup bersama MUSLIMAT…

LUCUNYA

Monday, February 27th, 2006

Lucu ya..

Duit RM 50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, Tapi begitu kecil bila dibawa ke KB MORE (shopping)

Lucu ya..

30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tapi betapa pendeknya waktu itu untuk menonton “Sanay Wala Nang Wakas”

Lucu ya..

Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, Tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu ketika menonton wayang di panggung

Lucu ya..

Susah sungguh merungkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau bersolat,Tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan, Boyfriend & girlfriend.

Lucu ya..

Betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak , Tapi betapa bosannya bila imam solat terawikh bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang.

Lucu ya..

Susah

sangat baca al-quran 1 juzu’ saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah.

Lucu ya..

Orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert, Tapi berebut cari saf paling belakang bila sembahyang Jumaat supaya beoleh cepat keluar.

Lucu ya..

Kita perlu diundang seawal 3-4 minggu sebelumnya untuk majlis agama supaya boleh dimasukkan agenda kita,Tapi untuk acara lain seperti menonton wayang , Annual dinner atau high tea jadual kita boleh diubah.

Lucu ya..

Susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah,Tapi mudahnya orang menyertai dan menyebarkan gosip.

Lucu ya..

Semua orang ingin masuk syurga tanpa harus beriman ,berfikir,berbicara ataupun melakukan apa –apa.

Lucu ya..

Kita boleh mengirimkan ribuan jokes dan

surat

berantai melalui email, Tapi bila mengirim yang berkaitan dengan ibadah sering mesti berfikir dua tiga kali….

RENUNGKANLAH………

BERITA GEMPAR!!!!!

Friday, February 10th, 2006

BERITA GEMPAR!!!!! HARAP-HARAP TENANGKAN PERASAAN SEBELUM MEMBACA LAPORAN INI, BAGI YANG TELAH TERLANJUR… APA NAK BUAT!!!!

Haram menikahi gadis satu kampung. JAKIM telah mengeluarkan fatwa baru. Setelah diadakan perbincangan dan diskusi di antara para pemimpin, JAKIM dan ahli ulama’ memberikan fatwa pada tanggal 3 oktober tahun 2003:

"HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM LAKI-LAKI UNTUK MENIKAH DENGAN GADIS SEKAMPUNG"

Fatwa JAKIM ini telah menimbulkan perdebatan dan bantahan yang sangat sengit antara yang pro dan kontra. Bahkan banyak pihak yang menyatakan bahawa JAKIM telah mengambil keputusan yang tidak munasabah dan terburu-buru. Wartawan Berita Harian telah meminta pegawai kanan JAKIM untuk memberi ulasan yang mendalam sebab sebab JAKIM mengeluarkan fatwa sedemikian. Inilah isi wawancara tersebut:

Wartawan: Bagaimana JAKIM boleh mengeluarkan fatwa haram untuk menikahi gadis sekampung?

Pegawai Kanan : Bagaimana tidak haram, sedangkan menikahi empat orang wanita sahaja sudah berat, apalagi satu kampung……….!!!

hehehehehe… jangan marah ah… nanti kena jual
(",)

Friday, February 3rd, 2006

Former Christian, Yusuf Estes, tells the story of priest, preacher and ministers (and others) all coming to Islam - in TEXAS!